KL TODAY
Campur
tangan pentadbiran Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam Pilihan
Raya Kampus (PRK) terbongkar apabila rakaman Penolong Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar (HEPA), Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa supaya
menyokong Barisan Nasional (BN).
Mengikut rakaman yang dimuat naik dalam YouTube,
Amir dilihat memaksa Ahli Jawatankuasa Kolej Kediaman UTHM menyokong
Pro-Aspirasi atas alasan kononnya untuk melaksanakan visi dan misi
universiti.
“Saudara-saudari
adalah pemimpin. Pemimpin maknanya kita pastikan supaya program dalam
kolej kediaman ini membawa hasrat segala misi dan visi kita.
“Kita ada pengurusan ‘kan? Kita ada pensyarah tapi kolej kediaman yang paling dekat dengan pelajar adalah saudara-saudari.
“Maka dengan itu kita pilih betul-betul… You all pergi training (Kamu semua pergi latihan), kita scan (tapis), pembantu kita, memihak kepada kita.
“Maka dengan itu kita pilih betul-betul… You all pergi training (Kamu semua pergi latihan), kita scan (tapis), pembantu kita, memihak kepada kita.
“Saya
adalah penjawat awam, Dr Khalid pun penjawat awam. Bila sebut penjawat
awam, kami ni apa? Kerja dengan siapa? Kerajaan… Kerajaan kita siapa?
Barisan Nasionallah… Nak ke tidak kita kena menyokong kerajaan,”
katanya dipetik dari rakaman yang dipercayai dilakukan mahasiswa
universiti itu secara sembunyi.
Dalam
video itu Amir berkata, mahasiswa yang dilantik mewakili Jawatankuasa
Kolej Kediaman perlu menyokong universiti manakala mereka yang enggan,
disaran meletak jawatan.
Beliau
dipetik berkata, UTHM akan menjadi tumpuan mahasiswa institut
pengajian tinggi awam di kawasan selatan apabila pilihan raya UTHM
diadakan pada 20 September (semalam).
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran pelajar luar ke UTHM untuk membantu kempen pilihanraya calon pro-Aspirasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan