Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, mereka sepatutnya memartabatkan suara keramat mereka serta tidak mudah mengikut telunjuk mana-mana parti politik.
Menurutnya, tidak salah untuk menyokong mana-mana parti politik tetapi dalam pilihan raya kampus mereka perlu membentuk ideologi sendiri iaitu ideologi siswa.
“Kita juga tidak bersetuju dengan gelaran Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa. Bukankah kedua-dua kumpulan berkenaan mewakili kepentingan siswa serta mendokong aspirasi negara?
“Jika ini dibiarkan terus berlarutan kita khuatir gambaran satu kumpulan yang dikatakan tidak mendokong aspirasi negara manakala satu lagi tidak mewakili kepentingan mereka akan berpanjangan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, perkara itu wajar diteliti kerana bimbang masyarakat di luar mendapat persepsi yang tidak tepat berhubung perkara ini.
“Siswa perlu turun membuang undi dengan menunjukkan sikap positif supaya menjadi tauladan kepada belia serta masyarakat.
“Sejarah menunjukkan siswa mampu menyumbang idea bernas dalam isu nasional serta antarabangsa.
“Justeru suara keramat mereka perlu dikekalkan identiti sebagai kumpulan pendesak intelektual muda," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan