MALAYSIA KINI
Ketua
Penerangan Umno Selangor Datuk Amiruddin Setro hari ini tewas dalam
pemilihan semula jawatan ketua Umno bahagian Kuala Selangor menentang
setiausaha bahagiannya Ishak Haron yang berlangsung di Komplek Bangunan
Umno Kuala Selangor.
Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Umno Kuala Selangor Datuk Kamaluddin Saidon ketika dihubungi hari ini berkata Amiruddin yang mendapat 266 undi, tewas dengan empat undi berbanding pencabarnya yang memperolehi 270 undi. Terdapat dua undi rosak.
Seramai 538 perwakilan mengundi dalam pemilihan semula yang berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari dan keputusan diumumkan pada pukul 12.30 tengah hari dengan proses pengiraan berjalan lancar dan diterima oleh kedua-dua wakil calon, katanya.
Beliau berkata pemilihan semula itu diadakan kerana adanya bantahan daripada Ishak terhadap proses pemilihan bahagian itu sebelum ini.
Dalam pemilihan bahagian itu 19 Oktober lepas, Amiruddin selaku penyandang mendapat 220 undi, menewaskan Ishak dengan kelebihan satu undi. Ishak mendapat 219 undi.
Di DENGKIL, bekas Bendahari Pemuda UMNO Sepang, Noorazli Said berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Sepang yang dimenanginya pada pemilihan sayap Umno bahagian itu 12 Oktober lalu.
Pemilihan semula hari ini menyaksikan Noorazli memperoleh 172 undi mengatasi pencabarnya yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Sepang, Anuar Basiran dengan kelebihan empat undi.
Zaiman Sukor pula memenangi jawatan naib Ketua Pemuda dengan mengetepikan dua pencabar Muhammad Hydier Hamid dan Mohd Raze Ali, dengan kelebihan 202 undi.
Seramai 346 perwakilan yang layak mengundi hadir kali ini berbanding 500 pada pemilihan bulan lalu.
Sementara itu, pergerakan Puteri pula menyaksikan keputusan berlainan apabila Siti Zubaidah Abu Bakar, 35, memenangi dalam pemilihan semula, mengalahkan Yusmah Indrawati Yusuf.
Siti Zubaidah memperolehi 126 undi berbanding Yusmah Indrawati Yusuf 104 undi.
Dalam pemilihan sayap itu 12 Oktober lalu, jawatan itu dimenangi Yusmah Indrawati dengan memperoleh 155 undi menewaskan Siti Zubaidah yang memperoleh 146 undi.
Jawatankuasa Aduan Badan Perhubungan Umno Selangor mengarahkan sayap Puteri dan Pemuda mengadakan pemilihan semula kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard pada proses pemilihan.
Di ROMPIN, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Rompin selepas pemilihan semula diadakan di Dewan Besar Muadzam Shah hari ini.
Beliau yang juga ADUN Tioman memenangi jawatan tersebut dengan undi majoriti 172 apabila mendapat 187 undi sekaligus mengetepikan penyandang, Datuk Mohamad Shafri Ab Aziz yang memperolehi 15 undi.
Dalam pemilihan pada 12 Oktober lepas, Mohd Johari tewas dengan majoriti enam undi apabila memperoleh 133 undi manakala Mohamad Shafri pula memperoleh 139 undi dengan kehadiran 280 perwakilan.
Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula, Exco Pergerakan Pemuda Pusat Muhammad Yusmizan Md Yunus pula mengekalkan jawatan itu apabila memperolehi 190 undi manakala lawannya Mohd Azrul Ali mendapat 11 undi.
Dalam pemilihan 12 Oktober lalu Yusmizan menang dengan majoriti 39 undi apabila mendapat 150 undi berbanding lawannya yang mendapat 111 undi.
Sementara itu, jawatan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Rompin menyaksikan Zuleaddi Man yang mendapat 185 undi meninggalkan dua lawannya, Hamidun Hassan yang mendapat 16 undi dan Harudin Mohd Yusof yang hanya memperolehi satu undi.
Setiausaha Umno Bahagian Rompin Datuk Wan Kadri Wan Mahussain berkata: "Pemilihan kali kedua ini berjalan lancar walaupun jumlah kehadiran agak merosot iaitu 202 orang perwakilan, berbanding 280 orang sebelum ini.
"Ini disebabkan ada perwakilan termasuk calon yang bertanding tidak hadir walaupun mereka sudah diberi notis awal mengenai pemilihan kali kedua ini," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan