MALAYSIA KINI
Anggota
Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Sohaimi Shahadan mengutuk tindakan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa
memburuk-burukkan kepimpinan negara dan negara di luar negeri.
Sambil menyifatkan Anwar sebagai warganegara tidak bertanggungjawab, Sohaimi berkata, sebagai pemimpin pembangkang beliau (Anwar) sepatutnya berhemah dan berprinsip serta bersemangat nasionalisme, bukan terbawa-bawa dengan politik dalam negara sehingga ke luar.
Perbuatannya itu, kata Sohaimi, jelas memperlihatkan bahawa Anwar mahu menjadi seorang ahli politik populis dan sekaligus berusaha meraih simpati orang asing terhadap kegagalan Pakatan Pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.
"Dia harus lebih bijak sebagai pemimpin pembangkang, sepatutnya dia menjadi contoh. Sikap sebegini adalah memalukan rakyat Malaysia sebab bercakap yang tidak benar dan yang memburuk-burukan negara.
"Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya datang dari seorang ahli politik yang matang kerana apa yang disebut di sini (Indonesia) merupakan tohmahan,” kata Sohaimi kepada wartawan di di Jakarta semalam.
Sohaimi yang juga pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar Malaysia yang baru dilantik ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Beliau mengulas tindakan Anwar yang dikatakan memburuk-burukkan kepimpinan negara di satu syarahan umum di sebuah universiti di Jakarta baru-baru ini.
Dalam acara di Fakultas Ilmu Sosial politik, Universiti Indonesia itu minggu lepas, Anwar antara lain juga mendakwa pakatan pembangkang gagal memenangi PRU-13 disebabkan oleh penipuan dalam sistem pemilihan.
Beliau meminta pihak kerajaan supaya memandang serius tindakan Anwar itu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan