HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Januari 2014

Jingga 13 Desak Mufti Perak Didakwa Atas Kesalahan Jenayah

Aqilah Radzuankaidi
 
Rakyatnews_farizmusa
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kelab Jingga 13 Malaysia hari ini menggesa agar Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya sebagai Mufti negeri Perak berdasarkan kenyataan beliau yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu.
 
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, sewajarnya beliau meletakkan jawatan kerana kenyataan tersebut tidak masuk akal sebagai seorang mufti dan memalukan.
 
"Jika beliau seorang yang waras sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Mufti kerana dilihat bukan sahaja sebagai 'boneka dan telunjuk' kerajaan UMNO, Barisan Nasional (BN) tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati dan disegani oleh rakyat.
 
"Mufti Perak ini seharusnya sedar, perhimpunan tersebut adalah tanda protes rakyat terhadap tindakan UMNO, BN yang menaikkan segala perkhidmatan dan keperluan serta kenaikan kos sara hidup yang bakal ditanggung oleh rakyat menjelang tahun 2014," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
 
rakyatnewsdemo
 
Jingga 13 membuat laporan polis terhadap Harussani atas tindakan beliau yang menghasut dan mendorong melakukan keganasan, kecederaan dan pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke perhimpunan Turun pada 31 Disember 2013. 
 
Terdahulu, Mufti Perak berkenaan telah mengeluarkan kenyataan di salah satu media tempatan dengan melabel para demostran yang berhimpun pada malam tahun baru sebagai "penderhaka kepada kerajaan" dan dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak).

Tiada ulasan: