MALAYSIAKINI
Polis Selangor mengambil keterangan pengarang
portal berita 'The Malaysian Insider' semalam mengenai artikel berkenaan
kenyataan Pengarang Majalah Mingguan Katolik, 'The Herald', Paderi
Lawrence Andrew tentang penggunaan kalimah Allah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan sama ada artikel berkenaan ditulis berdasarkan kenyataan sebenar yang dibuat oleh paderi tersebut.
Lawrence dilaporkan menyatakan bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya.
"Polis telah rekodkan percakapan pengarang portal itu pagi tadi (semalam) untuk memastikan sama ada artikel tersebut memang menyiarkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan oleh paderi berkenaan.
"Ia akan digunakan untuk melengkapkan siasatan polis dan mungkin dalam dua atau tiga hari lagi kita akan panggil pula paderi itu untuk direkodkan percakapannya," katanya kepada pemberita semalam.
Mohd Shukri berkata sebelum ini polis juga telah merekodkan percakapan 10 individu bagi membantu siasatan susulan daripada 86 laporan polis yang diterima di seluruh negeri tersebut.
Katanya, kertas siasatan berhubung isu berkenaan dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya minggu depan dan akan dihantar kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Pada 27 Disember lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata polis belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berhubung cadangan membantah kenyataan paderi itu menerusi penganjuran perhimpunan pada hujung minggu ini.
"Kita tidak ada terima apa-apa permohonan untuk mereka melakukan sebarang perhimpunan dan saya minta mana-mana pihak dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengambil sebarang tindakan kerana isu sebegini adalah isu sensitif yang boleh gugat keharmonian masyarakat," katanya.
Beliau juga berkata tindakan JAIS yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam tiada kaitan dengan polis dan ia dilakukan sendiri jabatan tersebut mengikut bidang kuasa mereka.
Terdahulu, Mohd Shukri menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Shah Alam kepada ACP Azisman Alias yang bertukar jawatan dengan bekas ketua polis daerah itu, ACP Zahedi Ayob.
Azisman sebelum ini merupakan Ketua Unit Pengajian Sains Kepolisan di Maktab Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan