Halaman

Jumaat, 5 September 2014

Nafi keperluan IPCMC, kerajaan rintis jalan ke arah kezaliman – Izzah

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Keenganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dan pemansuhan Akta Hasutan 1948, akan merintis jalan ke arah kezaliman, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, kerajaan menentang penubuhan IPCMC apabila menolak cadangan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Tun Mohamed Dzidin Abdullah pada 2014, meskipun sejak tahun 2009, sejumlah 231 direkodkan mati dalam tahanan polis.

Malaysia, katanya, membelanjakan jutaan ringgit untuk mewujudkan pelbagai suruhajaya siasatan diraja, termasuk yang diketuai Tun Dzaidin.

Beliau turut mengingatkan kes Aminulrasyid, remaja 14 tahun yang ditembak mati pada 2009, apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar yang ketika itu Ketua Polis Selangor mempertahankan anggota polis yang menembak remaja berkenaan.

“Khalid mempunyai rekod mempertahankan anggota polis yang membunuh Aminulrasyid, dengan memanggil budak tingkatan dua sebagai penjenayah. Sepatutnya diturunkan pangkat, sebaliknya Khalid dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Negara,”

“Adakah ini keadilan yang dipromosikan Malaysia?” soalnya yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam satu kenyataan media.

Menurut Izzah, pengunaan Akta Hasutan pada hari ini untuk menahan pemimpin pembangkang, ahli akademik dan sesiapa sahaja adalah tindakan berterusan daripada Ketua Polis Negara.

“Adakah Umno BN hanya akan berpuas hati apabila semua kritikan disekat, atau semua pemimpin yang dipilih disenyapkan atau penjarakan?

“Jelas sekali, kerajaan perlu memulakan langkah untuk persediaan IPCMC. Anda tidak perlu menafikan keperluan memulakan pembaharuan dengan merintis jalan ke arah kezaliman,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.