KUCHING - Saranan penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi pembentukan satu
gabungan baharu yang dinamakan "Save Malaysia" tidak lebih daripada
gimik politik semata-mata, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal.
Beliau berkata, pemimpin-pemimpin BN sentiasa kekal dengan agenda menyatu dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat demi kestabilan, dengan hasrat membangunkan negara.
Sedangkan menurutnya saranan pemimpin veteran DAP itu tidak lebih kepada cakap-cakap politik sahaja yang kononnya mahukan perpaduan, namun dari segi amalan tiada apa yang dilakukannya dalam usaha menyatupadukan rakyat.
"Ini politik mereka, dia cakap sahaja. Bila mereka datang ke Sarawak ini kata mereka BN jahat, tapi bila berhadapan dengan masalah, nak berpakat pula," katanya dalam satu persidangan media selepas menyampaikan sebuah Van Jenazah sebagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Risda kepada Jabatan Kesihatan di sini, hari ini.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Kit Siang dalam ucapannya di satu majlis ulang tahun DAP Bukit Bintang Ahad lepas menyarankan pembentukan satu gabungan baharu "Save Malaysia" yang mengandungi Anggota Parlimen dari latar belakang politik yang berbeza dalam satu perjuangan bagi menjunjung Perlembagaan Negara dan kedaulatan undang-undang.
Menurut laporan itu, saranan itu dibangkitkan Kit Siang selepas beliau merujuk kepada kemelut dalaman PR dan juga pelbagai masalah yang dihadapi BN.
Sementara itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata, sumbangan van bernilai RM106,770 itu adalah antara komitmen kementerian menjayakan program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (Kospen) yang merupakan sebahagian inisiatif Kementerian Kesihatan menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam negara.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menjadi agensi pertama yang melaksanakan kolaborasi dengan Kospen dalam menyediakan akses lebih baik kepada penyaluran dan pembekalan maklumat serta penjagaan kesihatan untuk sampai ke kawasan-kawasan sasaran di peringkat akar umbi, katanya.
Menurut Shafie sepanjang tahun lepas, sebanyak 1,215 anggota Kemas dari 550 kampung di seluruh Sarawak menjalani program Kospen yang turut merangkumi pelaksanaan bengkel-bengkel latihan sukarelawan kesihatan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan