HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Mac 2015

Mahkamah tetap 27 Mac semakan kehakiman Anwar hadir Parlimen

SELANGOR KINI


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kebenaran semakan kehakiman membenarkan beliau hadir ke Parlimen.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan kehadiran Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara serta peguam Latheefa Koya yang mewakli  Anwar.

parlimen malaysia anwar grafik 01Pada 18 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan permohonan itu dan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden pertama dan kedua, lapor Bernama.

Menerusi afidavit sokongan, Datuk Seri Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh mendakwa bahawa beliau masih seorang anggota Dewan Rakyat dan Ketua Pembangkang memandangkan petisyen pengampunan yang dipohon kepada Yang di-Pertuan Agong masih belum diputuskan.

Beliau mengemukakan permohonan pengampunan untuk pembebasan itu pada 24 Februari lalu selepas
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Tiada ulasan: