BUKIT CHANDAN - Kawasan riadah berhampiran Perpustakaan Awam Kuala
Kangsar didakwa sering dijadikan port bermadu kasih segelintir pasangan
remaja di sini khususnya pada waktu malam.
Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.
Walaupun sudah beberapa kali tangkapan dibuat, namun masih ada yang berdegil dan terus melakukan maksiat di kawasan tersebut.
Bimbang kegiatan itu terus berlaluasa, penduduk mahu pihak berkaitan memandang serius perkara tersebut.
Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Azmi, 25, berkata, lokasi itu sering menjadi port pasangan kekasih memadu asmara keranaia agak tersorok dan mudah untuk mereka melarikan diri sekiranya diserbu.
Menurutnya, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah pada waktu petang namun menjadi sunyi dan gelap ketika malam.
“Walaupun terletak berhampiran jalan raya, namun keadaan yang berbukit menyebabkan beberapa lokasi tersorok dan sukar dilihat,” katanya.
Azmi mencadangkan supaya kawasan itu dipasang lampu limpah bagi mengekang kegiatan maksiat dan secara tidak langsung untuk menghindar kejadian jenayah seperti ragut.
Menurutnya, sebelum ini beberapa kawasan seperti di tempat letak kereta Kolam Renang Kuala Kangsar pernah menghadapi masalah yang sama namun selepas ia dilengkapi kemudahan lampu, kegiatan tidak bermoral dan beberapa masalah lain dapat dibendung.
“Begitu juga dengan Laman Budaya. Dulu, memang kawasan itu menjadi kegemaran pasangan kekasih namun selepas ia diterangkan dengan lampu, lokasi itu tidak lagi menjadi pilihan mereka untuk memadu kasih,” katanya.
Sementara itu, Halim Yahaya, 42, berkata, dia pernah mendengar pihak berkuasa melakukan tangkapan di kawasan tersebut namun masih ada pasangan kekasih tidak serik dan terus melakukan maksiat di situ.
Katanya, pemantauan secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan gejala sosial seperti itu tidak terus menular dan mencacatkan imej Kuala Kangsar.
“Saya percaya jika pemantauan dan rondaan secara kerap dijalankan di kawasan panas, ia dapat mengurangkan gejala ini malah mungkin boleh dihapuskan terus.
"Saya yakin perkara ini dapat diselesaikan jika semua pihak bekerjasama dalam membanteras gejala itu daripada terus berleluasa dan merosakkan generasi muda,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan