KUALA LUMPUR: Polis menyokong pelaksanaan daftar pesalah seks tetapi bimbang ia mungkin bertindih dengan sistem yang sedia ada.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun polis
tidak membantah daftar tersebut diwujudkan, Malaysia sudah pun mempunyai
sistem yang hampir sama.
"Kami menyimpan rekod suspek dan banduan dalam pangkalan data dan ia
mencukupi untuk kita, jadi, memiliki daftar baharu mungkin menyebabkan
ia bertindih.
"Tetapi apa yang perlu dijelaskan, sekiranya perlu untuk berbuat demikian, kita menyokongnya," katanya.
Sama ada rekod itu akan didedahkan kepada umum, Khalid berkata, ia adalah di luar bidang kuasa polis.
Pada Khamis, The Star melaporkan bahawa rakyat Malaysia meminta supaya
daftar pesalah seks dan pedofilia diwujudkan bagi membendung kesalahan
seksual.
Peguam hak asasi manusia Honey Tan berkata, mewujudkan daftar seperti
itu tepat pada masanya dan ia perlu dimaklumkan kepada umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan