HALAMAN SANTAI

Sabtu, 9 Mei 2015

Tabung Haji jangka untung RM5 juta jual tanah kaitan 1MDB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji dijangka memperolehi keuntungan RM5 juta daripada penjualan  tanah yang dibelinya daripada   1Malaysia Development Berhad (1MDB),  dengan harga RM188.5 juta baru-baru ini yang mencetuskan kontroversi, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
 
Beliau berkata  TH dinasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjual tanah di Tun Razak Exchange projek (TRX) itu bagi menghormati ‘sentimen pencarum dan berkata tanah itu akan dijual dalam beberapa minggu lagi memandangkan beberapa pihak berminat untuk membelinya. 
 
"Isu ini sudah menular sampai pemandu teksi tanya sama ada TH 'bailout' 1MDB. Jadi, kami nak jaga sensitiviti makcik yang di Baling, pemandu-pemandu teksi yang menyimpan duit untuk pergi haji," kata Azeez..
 
Beliau menafikan pembelian oleh TH itu berupa "bail out" untuk 1MDB, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan yang menanggung  beban hutang RM42 bilion ringgit.
 
Azeez berkata Tabung Haji menjangka pulangan  sembilan peratus setahun daripada transaksi berkenaan namun kini akur kepada keperluan untuk mengambil kira pandangan pencarum.  
 
"Kami akan cari tanah lain untuk dilabur.  Tanah ini bukan susah untuk dijual. Kami hanya pegang hak milik itu untuk sebulan dan ia masih boleh menguntungkan kami," katanya sambil menambah lembaga pengarah TH sedang mempertimbangkan 3 pembeli berpotensi.
 
Azeez menegaskan wang penyimpan TH langsung tidak disentuh bagi tujuan pembelian tanah dari 1MDB itu.
 
"Ini macam biasa, kita beli tanah, hartanah. Orang jangan takut, makcik letak seringgit, dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
 
"Kami masih ada RM5.6 bilion untuk digunakan bagi membeli hartanah. Kami tak guna wang penyimpan. Arahan pembangunan ada. TH berpengalaman laksanakan banyak (jualbeli) hartanah seperti ini," katanya.
 
Beliau mempertahankan keputusan TH membeli tanah itu adalah keputusan komersial semata-mata dan bukan untuk menyelamatkan mana-mana syarikat. 
 
"Kami pun ada maruah. Kami mempertahankan maruah kami. Kami ada pengalaman yang luas." kata beliau dan berkata TH sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa yang mahu menyiasat transaksi pembelian tanah 1MDB itu. 
 
"Kami alu-alukan siasatan dalam hal ini. Ia memang satu keputusan komersial yang tulen," katanya.
 
 

Tiada ulasan: