Halaman

Selasa, 2 Jun 2015

Fazura dikecam bergambar dengan anjing

MALAYSIAKINI



 
 
Kontroversi tidak pernah lekang dengan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, artis tempatan yang namanya meniti di bibir peminat.

Terbaru kontroversi meletus selepas beliau memuat naik gambar seakan-akan selfie dengan seekor anjing yang digelar Kuning.

Tindakan Fazura, penyanyi dan juga pelakon jelita itu, menyebabkan dirinya dikecam hebat oleh pengguna Internet yang tidak selesa.

Seorang antara ribuan pengguna maya menggunakan akaun “hj_lumberjack” berkata: Macamlah tidak ada binatang lain untuk bergambar, apalah.”

Namun, tidak semua pihak memandang sinis dengan tindakan itu. Terdapat juga peminat yang tampil mempertahankan Fazura.

“Tidak salah pegang anjing, cuma harus bercuci selepas itu.”

Imej  itu sebenarnya bertujuan meraih dana kutipan untuk program “Furry Friends Farm” yang bertempat di sebuah pasar saya di Bangsar kelmarin.

Fazura menyertai karnival itu bagi menyatakan sokongnya terhadap usaha memberi perlindungan terhadap anjing dan kucing.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.