HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Jun 2015

Kerajaan disaran wujud akta baru elak pembaziran makanan

 
Kerajaan perlukan jadikan Jerman, Jepun dan Sweden sebagai contoh yang mana pihak yang membuang makanan akan dikenakan bayaran.


nadzim-johan



KUALA LUMPUR : Kerajaan disaran supaya mewujudkan undang-undang baharu melibatkan pembaziran makanan bagi mengekang masalah itu yang semakin berleluasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, penguatkuasaan melalui Akta Pembaziran Makanan yang disaran itu penting memandangkan budaya pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin serius terutama bulan Ramadan.

“Hotel-hotel bertindak menyediakan berpuluh dan beratus menu khususnya pada musim Ramadan.

Apabila makanan ini tidak dapat dihabiskan, pengurusan hotel terpaksa mengikut polisi iaitu membuang semua makanan berbaki dan ini membawa kepada pembaziran,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

“Pembaziran makanan ini tidak boleh dikawal dan kita juga tidak boleh bersetuju dengan amalan primitif (membuang) ini,” jelasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Nadzim mencadangkan agar amalan itu dihentikan dan menggesa kerajaan mengguna pakai kaedah meregulasikan makanan seperti yang digunakan di negara-negara seperti Jepun, Jerman dan Sweden.

“Di negara berkenaan terdapat kaedah regulasi makanan. Jika terdapat pihak yang membuang makanan, mereka kena bayar untuknya,” katanya.

Tiada ulasan: