THE RAKYAT POST
Abdul Wahid berkata,
Malaysia sentiasa komited dengan pendirian "Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris".
KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Perancangan Ekonomi Kebangsaan, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, terpulang kepada ibu bapa sendiri bagi memutuskan di mana anak-anak mereka harus belajar.
Abdul Wahid berkata, beliau bersetuju bahawa Bahasa Inggeris adalah penting tetapi kemahiran adalah lebih diutamakan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab
soalan yang ditanyakan dalam sesi #TanyaGomen bersama orang ramai
mengenai kepentingan Bahasa Inggeris dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Soalan itu turut menyatakan mengenai
sesetengah daripada menteri lebih cenderung menghantar anak mereka ke
sekolah antarabangsa daripada belajar di sekolah kerajaan.
“Secara peribadinya saya sendiri
menghantar anak ke sekolah kerajaan. Kita mempunyai sistem pendidikan
yang bermutu dengan pengisian yang terbaik untuk anak-anak kita.
“Sesiapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa itu terpulang kepada kemampuan dan keutamaan mereka,” katanya.
Abdul Wahid berkata, Malaysia sentiasa
komited dengan pendirian “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkasakan Bahasa Inggeris”.
Namun katanya, walaupun sekolah kerajaan antara yang terbaik tetapi masih mempunyai kekurangan daripada elemen ‘kepelbagaian’.
Ketika ditanya mengenai adakah beliau
akan menyokong idea untuk memasukkan Bahasa Mandarin sebagai subjek
tambahan di sekolah kerajaan memandangkan kepentingan penggunaan bahasa
itu di peringkat global amat tinggi, Abdul Wahid menjawab, pembelajaran
apa juga bahasa tambahan wajar disokong di sekolah.
“Ia boleh jadi Bahasa Mandarin, Hindi
atau Perancis, pembelajaran bahasa tambahan di sekolah adalah idea yang
baik dan saya sentiasa menyokong usaha ke arah itu.” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan