OLEH :SANDRA SOKIAL
Kerja membuat laluan
baharu dihentikan buat sementara waktu akibat gegaran susulan. Gunung
Kinabalu ditutup sehingga 31 Ogos - Foto Facebook Dr Jamili Nais
KOTA KINABALU- Proses memulangkan semula yuran kepada sekurang-kurangnya 7,500 pendaki tidak sepatutnya mengambil masa yang lama kerana telah menggunakan sistem komputer.
Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Ejen
Pelancongan Sabah (SATTA) Datuk Seri Winston Liaw berkata pembekal
perkhidmatan yang bertanggungjawab memulangkan wang kepada ejen yang
kemudian akan menyerahkan wang itu kepada pelanggan mereka, agak
perlahan dalam melakukan proses berkenaan.
Beliau menggesa pembekal perkhidmatan
untuk mempercepatkan proses pemulangan wang itu dan berkata ia
sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa seminggu, atau selewat-lewatnya
10 hari kerana menurutnya: “Semuanya menggunakan sistem komputer
sekarang.”
Ketika bercakap dengan media hari ini,
beliau berkata pemulangan wang itu adalah untuk pendaki yang dijadual
mendaki Gunung Kinabalu antara 5 Jun dan 31 Ogos.
Beliau
turut berkata, pendaki yang membayar yuran terdiri daripada pendaki
tempatan dan luar negara tetapi kebanyakan mereka adalah pendaki
tempatan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata
SATTA juga sedang mengumpul dana untuk membantu Persatuan Malim Gunung
Taman Kinabalu dan menambah hingga hari ini mereka berjaya mengumpul
RM6,000 dan berharap dapat mencapai RM10,000 menjelang 10 Julai.
Beliau meminta orang ramai atau mereka
yang berada di dalam industri pelancongan untuk menderma dengan
menghubungi pejabat SATTA (dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah
hari) atau menelefon 088-230322 (Jesse) atau terus kepadanya di
010-844888.
Semua sumbangan akan diserahkan kepada
penerima pada 11 Julai dan menambah kehidupan malim gunung ini terjejas
selepas gunung ditutup sehingga 31 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan