Perkongsian oleh Nurul Hidayah di laman Instagram beliau
SEBAGAI rakyat Malaysia, anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri juga berhak menyuarakan pendapat beliau.
"Saya bukan ahli parlimen di kawasan anda atau wakil rakyat anda. Saya
warganegara Malaysia yang juga ada hak bersuara," kata anak perempuan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah.
Menurut beliau, perkongsian sebelum ini di Facebooknya disalahertikan
dan beliau telah diserang secara peribadi akibat hal tersebut.
"Saya tak menyentuh perkauman atau bangsa. Saya cuma pertikaikan
kewarasan segelintir anda yang tidur di jalanan kononnya menyatakan
kebenaran.
"Saya disalahertikan ketika menyatakan perhimpunan Bersih 4.0 adalah
perbuatan yang sia-sia dan bodoh. Saya diserang secara peribadi,"
katanya di laman Isntagram, @sayanurulzahid.
Beliau juga memaafkan mana-mana pihak yang 'menghina seluruh keturunannya'.
"Saya pohon pada Tuhan agar anda dan seluruh keluarga dan keturunan anda dilindungi dan terlindung oleh fitnah manusia.
"Life must go on (Hidup perlu diteruskan)," akhirinya.
Semalam, perkongsian Nurul Hidayah di laman Facebooknya mendapat
perhatian pelayar laman sosial selepas perkongsian tersebut
disalahertikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan