shahbudindotcom
Pemikir
atau Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia merupakan NGO terbaru
yang mahukan Perdana Menteri, Najib Razak meletakkan jawatannya dengan
segera.
NGO
yang diterajui oleh Abdul Aziz Yassin itu juga bersetuju agar suatu
usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen sekiranya Najib masih enggan
meletakkan jawatannya yang kini semakin dituntut oleh pelbagai kelompok
masyarakat.
Keputusan
sebulat suara mengenai perkara diatas dicapai dalam mesyuarat Majlis
Tertinggi Pemikir, baru-baru ini di tengah-tengah desakan yang semakin
meningkat terhadap Najib.
Meskipun
mungkin tidak begitu dikenali ramai akan kewujudannya, Pemikir adalah
sebuah NGO yang dianggotai oleh ramai bekas menteri, bekas Ahli
Parlimen, bekas pegawai tinggi kerajaan dan mereka yang berpengaruh
dalam masyarakat.
Selain
Abdul Aziz Yassin yang merupakan abang kepada Muhyiddin Yassin dan
bekas Ahli Parlimen Muar sebagai presidennya, individu lain yang
menganggotai Pemikir antaranya ialah Sanusi Junid, Sabbaruddin Chik, Osu
Sukam, Effendi Norwawi, Azmi Khalid, Dr Ibrahim Saad, Aziz Shamsuddin,
Zaleha Ismail, Salleh Jaffaruddin dan lain-lainnya.
Kalangan
bekas pegawai tinggi kerajaan yang menjadi anggota Pemikir pula ialah
Sallehuddin Mohamad, Musa Hassan, Abu Talib Othman dan beberapa yang
lain.
Dengan
keanggotaan daripada tokoh-tokoh berpengaruh dan dikenali ramai dalam
masyarakat, keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi Pemikir ini
setidak-tidaknya menunjukkan Najib semakin tidak diperlukan lagi untuk
terus menerajui UMNO dan juga negara ini.
Biar
bagaimana berkeras sekali pun Najib mahu bertahan atas kedudukannya,
hakikatnya semakin ramai yang mulai bersuara secara terbuka mahu
menjauhkan diri daripadanya.
Itu
belum dikira lagi pelbagai ucapan dalam mesyuarat perwakilan UMNO
bahagian di seluruh negara baru-baru ini, malah termasuk ada yang
membuat usul agar Najib berehat dan bercuti buat sementara waktu.
Mesej
dalam perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri oleh 500 ribu peserta yang
pasti semuanya juga menolak Najib serta pelbagai luahan penolakan yang
semakin membesar dapat dilihat melalui media-media sosial, secara nyata
menjadikan Perdana Menteri semakin dipinggirkan oleh rakyat.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pula dari sehari ke sehari terus
meningkatkan tekanannya kepada Najib demi menyelamatkan negara ini
daripada terus rosak dan binasa berikutan akhir-akhir ini banyak sistem
dalam kerajaan sendiri "dirosakkan" demi menyelamatkan kedudukannya.
Yang
paling malang, dengan pelbagai perkara yang dilakukan Najib
kebelakangan ini, beliau secara perlahan-lahan sedang memburukkan nama
gemilang Tun Razak di mata rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan