shahbudindotcom
Mula-mula
13 di Teluk Kemang, kemudian 10 di Sepang, selepas itu 34 melibatkan
lima negeri di mana mereka berkumpul di Port Dickson dan pada 27
November nanti, jumlahnya dijangka meningkat kepada 200 pula.
Itulah
perkembangan yang dapat dilihat setakat ini mengenai jumlah Ketua-Ketua
Cawangan yang terus berani untuk mendesak Najib Razak agar berundur
daripada jawatannya demi untuk memudahkan UMNO memenangi pilihanraya
akan datang.
Perjumpaan
Ketua-Ketua Cawangan pada 27 November nanti yang masih dirahsiakan
tempatnya, tentu saja menarik kerana ia berlaku selepas mesyuarat MT di
Bangunan Parlimen esok (24 November) yang dijangka memutuskan
pemecatan atau penggantungan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Muhyiddin
Yassin dan Shafie Apdal.
Apakah
selepas Muhyiddin dan Shafie dikenakan tindakan yang semata-mata kerana
menegur untuk kebaikan, jumlah Ketua Cawangan yang berani tampil itu
akan terus bertambah lagi?
Tidak
mungkinkah daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara, terdapat
sekurang-kurangnya 10 atau 15 Ketua Cawangan di setiap bahagian yang
berani dan sanggup berbuat demikian selepas 24 November nanti?
Jika
begitu, apakah selepas 200 Ketua Cawangan dijangka bersolidariti pada
27 November nanti, jumlahnya seterusnya boleh mencapai sehingga 2000
atau 3000 orang?
Dari
segi logik, memanglah daripada kira-kira 21 ribu Cawangan UMNO yang ada
keseluruhannya, angka 200 atau 2000 sekali pun masih boleh dikira kecil
jumlah atau peratusannya.
Tetapi,
dengan angka itu, yang harus difikirkan ialah bagaimana kedudukan UMNO
dan BN untuk menghadapi PRU 14 akan datang? Makin selesa atau makin
sukar?
Jika
ini kerja yang dilakukan oleh "dalang" sebagaimana yang dinyatakan
oleh Tengku Adnan dan Zahid Hamidi, sudah tentu "dalang" tersebut bukan
calang-calang orangnya atau setidak-tidaknya bukanlah terlalu rahsia
gerak kerjanya.
Tetapi kenapa Zahid Hamidi hanya dapat mencium baunya sekarang ini? Mengapa tidak dikesan sebelum ini?
Mengapa
hanya setelah satu demi satu kumpulan Ketua Cawangan tampil secara
terbuka mendedahkan diri masing-masing, barulah Zahid Hamidi mengatakan
dapat mencium bau siapa dalangnya?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.