HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 November 2015

SELEPAS MUHYIDDIN DIPECAT, MAKIN MEMBESARKAH PROTES KETUA2 CAWANGAN?

shahbudindotcom

 
 
 
Mula-mula 13 di Teluk Kemang, kemudian 10 di Sepang, selepas itu 34 melibatkan lima negeri di mana mereka berkumpul di Port Dickson dan pada 27 November nanti, jumlahnya dijangka meningkat kepada 200 pula.

Itulah perkembangan yang dapat dilihat setakat ini mengenai jumlah Ketua-Ketua Cawangan yang terus berani untuk mendesak Najib Razak agar berundur daripada jawatannya demi untuk memudahkan UMNO memenangi pilihanraya akan datang.

Perjumpaan Ketua-Ketua Cawangan pada 27 November nanti yang masih dirahsiakan tempatnya, tentu saja menarik kerana ia berlaku selepas mesyuarat MT  di Bangunan Parlimen esok (24 November)  yang dijangka memutuskan pemecatan atau penggantungan dua pemimpin kanan UMNO iaitu Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.

Apakah selepas Muhyiddin dan Shafie dikenakan tindakan yang semata-mata kerana menegur untuk kebaikan, jumlah Ketua Cawangan yang berani tampil itu akan terus bertambah lagi?

Tidak mungkinkah daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara,  terdapat sekurang-kurangnya 10 atau 15 Ketua Cawangan di setiap bahagian yang berani dan sanggup berbuat demikian selepas 24 November nanti?

Jika begitu, apakah selepas 200 Ketua Cawangan dijangka bersolidariti pada 27 November nanti, jumlahnya seterusnya boleh mencapai sehingga 2000 atau 3000 orang?

Dari segi logik, memanglah daripada kira-kira 21 ribu Cawangan UMNO yang ada keseluruhannya, angka 200 atau 2000 sekali pun masih boleh dikira kecil jumlah atau peratusannya.

Tetapi, dengan angka itu, yang harus difikirkan ialah bagaimana kedudukan UMNO dan BN untuk menghadapi PRU 14 akan datang? Makin selesa atau makin sukar?
 
 
 
 
Jika ini kerja yang dilakukan oleh "dalang"  sebagaimana yang dinyatakan oleh Tengku Adnan dan Zahid Hamidi, sudah tentu "dalang" tersebut bukan calang-calang orangnya atau setidak-tidaknya bukanlah terlalu rahsia gerak kerjanya.

Tetapi kenapa Zahid Hamidi hanya dapat mencium baunya sekarang ini? Mengapa tidak dikesan sebelum ini? 

Mengapa hanya setelah satu demi satu kumpulan Ketua Cawangan tampil secara terbuka mendedahkan diri masing-masing, barulah Zahid Hamidi mengatakan dapat mencium bau siapa dalangnya?
 
 
 

Tiada ulasan: