HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 November 2015

Tawaran Amanah isi jawatan kosong JKKK amalan biasa - Anuar Tahir

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic

 
SHAH ALAM: Tawaran Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menggisi kekosongan jawatan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pulau Pinang adalah amalan biasa.
 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata parti itu mempunyai hak untuk mengisi 1,083 jawatan JKKK, selepas kerusi isu dikosongkan wakil PAS sebelum ini.
 
"Pertamanya PAS dan pentadbiran negeri Pulau Pinang sudah tidak ada apa-apa kan lagi sebab mereka telah memutuskan hubungan dengan DAP.
 
"Dan kerajaan di Pulau Pinang telah memutuskan untuk memanggil kerajaan PH. PAS tidak ada dalam PH, menolak mentah-mentah, oleh itu kerajaan Pulau Pinang secara natural perlu menamatkan orang-orang yang tidak menyokong mereka dan tidak mahu menyertai dalam kerajaan mereka," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani yang mempersoalkan integriti Amanah selepas menawarkan diri mengisi kekosongan jawatan tersebut.
 
Bagi Azman, Amanah masih belum diuji serta tiada jasa dalam kerajaan negeri tetapi tidak segan silu menagih jawatan yang dahulunya digalas dengan baik oleh wakil PAS. 
 
Mengulas lanjut, Anuar sebaliknya meminta PAS supaya 'sedar diri' dengan status mereka sekarang, yang tidak lagi punya apa-apa hubungan dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang.
 
"Yang ada dalam PH cuma PKR, DAP dan Amanah, jadi hendak terus apa lagi mengisi kekosongan itu.
 
"PAS yang keluar, kami (Amanah) yang masuk, jadi saya tidak faham Azman Shapawi ini macam mana yang pemikirannya," katanya.
 
Bahkan Anuar turut menyelar PAS yang sebenarnya dilihat tidak berintegriti berbanding Amanah.
 
"Kalau dia hendak cakap soal intergriti, dia sendiri harus berundur dalam sistem demokrasi mahupun begitu.
 
"Sekiranya kamu perlu tinggalkan kerajaan, jadi kamu perlu tinggalkan semuanya dan biarkan kerajaan negeri yang ada pada hari itu membuat keputusan mengikut siapa yang mereka mahu pilih.
 
"Jadi PAS sudah keluar, kalau dia betul ada intergriti dalam politik, maka dia berundur, dia persilakan orang selanjutnya dan tidak perlu komen apa-apa lagi sudah," katanya lagi.
 
Semalam, PAS Pulau Pinang mengarahkan 1,083 ahlinya yang berkhidmat dalam JKKK meletakkan jawatan serta merta.
 
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu ahli JKKK daripada parti itu terus dimanipulasikan bagi memenuhi kuota JKKK di kawasan PKR dan DAP.
 
Untuk rekod, kerajaan DAP Pulau Pinang pada 18 November lalu mengesahkan sudah memecat semua ahli PAS yang memegang jawatan dalam JKKK di negeri itu.
 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ahli PAS di Kepala Batas bukan meletak jawatan seperti didakwa sebaliknya mereka sudah dipecat sebelum ini.
 
 

Tiada ulasan: