Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan sesi penerangan di seluruh negeri mengenai isu bauksit.
Menteri
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sudah tiba masa untuk
beliau sendiri
memberikan penerangan kepada rakyat selepas berdiam diri terhadap pelbagai kritikan berhubung isu itu.
memberikan penerangan kepada rakyat selepas berdiam diri terhadap pelbagai kritikan berhubung isu itu.
"Tunggulah..saya akan pergi buat sesi penerangan seluruh negeri Pahang untuk menerangkan isu bauksit ini.
"Penerangan ini penting untuk kita maklumkan kepada rakyat mengenai
perkara sebenar berhubung isu bauksit ini, sebelum ini saya hanya
berdiam diri dan memerhatikan sahaja apa yang berlaku," katanya.
Adnan berkata berdasarkan pemerhatian, 99 peratus masalah bauksit yang
timbul selama ini adalah berpunca daripada kegiatan perlombongan bauksit
yang dijalankan secara haram.
"Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ada kuasa, kastam dan
pelabuhan ada kuasa ... di jalan raya pula polis, Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) ada kuasa, tetapi akhirnya kita tak ada kuasa langsung untuk
kuat kuasa undang-undang atasi kegiatan perlombongan haram ini,"
katanya.
Pada 6 Januari, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan kerajaan memutuskan
aktiviti perlombongan bauksit di Bukit Goh di Kuantan dihentikan
sementara selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari lepas.
Berhubung kolej itu, Adnan berkata melalui penjenamaan
semula beberapa pembaharuan akan dibuat antaranya menambah infrastruktur
kolej selain membina sebuah bangunan baharu berharga RM30 juta bermula
April depan dan dijangka siap akhir 2017 dan dijangka boleh menampung
lebih 3,000 pelajar.
Selain itu, katanya bilangan pensyarah berkelayakan
doktor falsafah (PhD) daripada empat orang ketika ini akan ditambah
kepada 10 orang pada akhir 2016 dan 18 orang pada akhir tahun 2017.
Kolej IKIP yang ditubuhkan sejak 1992 telah melahirkan lebih 40,000 graduan.-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan