Ia berhubung dakwaan DAP akan ditawarkan sebanyak
RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRK-13 dan membenarkan
pangkalan tentera Israel di negara ini.
PETALING JAYA: DAP berhak menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan parti itu ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum-13 dan membenarkan pangkalan tentera Israel di negara ini.
Penegasan itu dibuat oleh Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki susulan kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa akan membawa pihak terbabit ke mahkamah.
“Saya tiada komen tambahan. DAP ada hak untuk saman sesiapa sahaja,” katanya kepada Free Malaysia Today pada Sabtu.
Dr Mohd Zuhdi baru-baru ini mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13.
Antara syarat tawaran berkenaan dikatakan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP berjaya menawan Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan