Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata sebagai permulaan, pihaknya mengadakan promosi makan ubi di tapak pasar tani Jerteh, Besut hari ini.
"Kempen jom makan ubi julung kali diadakan minggu lepas di Pasar Tani Padang Hiliran Kuala Terengganu yang mendapat sambutan menggalakkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Hasan berkata untuk promosi hari ini, Fama menyediakan kira-kira 100 kilogram pelbagai jenis ubi untuk dinikmati secara percuma oleh pengunjung pasar tani Jerteh. "Pihak Fama juga menyediakan ruang perniagaan di pasar tani di negeri ini untuk membolehkan petani memasarkan ubi selepas ini," katanya. – Bernama,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan