HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Januari 2016

Harga minyak dijangka terus menyusut



Harga minyak dijangka stabil semula pada akhir 2016 namun, harganya masih kekal rendah





PETALING JAYA: Pengeluar-pengeluar minyak dijangka terus menderita ekoran penyusutan harga bahan api itu pada tahun ini.

Agensi berita AFP melaporkan, kejatuhan harga minyak kini sudah merekodkan pada paras terendah dan akan terus berlaku pada suku pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif BP, Bob Didley berkata, harga minyak jatuh sebanyak 34 peratus pada 2015 disebabkan lebihan bekalan dan kelembapan ekonomi China.

“Harga minyak diramal stabil pada akhir 2016 tetapi harganya masih kekal rendah.

“Harga minyak rendah untuk jangka panjang bagi beberapa dan kita telah maklum perkara itu. Tetapi kami pasti harga minyak akan melonjak kembali,” katanya.

Emas hitam itu terus merosot sejak 4 Disember lalu selepas OPEC mengekalkan polisi tidak mengehadkan pengeluaran untuk terus menguasai pasaran.

Tiada ulasan: