HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Januari 2016

Jangan salahkan Pas biar Umno hancur


Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
 
SHAH ALAM – Umno diingatkan tidak meletakkan kesalahan kepada Pas sekiranya parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu dibiarkan hancur sekiranya Umno kekal bertaut pada tali sekularisme.

Ketuanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, tali hayat Umno adalah Islam.

“Pas menghulurnya, jangan salahkan Pas jika membiarkan Umno hancur. Pas tiada tali selain Islam,” katanya melalui kemas kini status di Facebook.

Sebelum ini, persahabatan antara Pas dengan Umno menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini.
Bulan lalu, Najib sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi Najib ajak Abdul Hadi bersatu]

Suasana menjadi hangat apabila kedua-dua pemimpin utama parti tersebut tampil sedondon pada program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia.

Sementara itu, dalam kemas kini status berlainan, Nik Abduh memberitahu bahawa era melawan Umno dengan emosi dan amarah telah berakhir.

“Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan. Itulah penambahbaikan dalam Pas melalui proses tajdid yang dituntut oleh ugama.

“Dengannya Pas akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara,” katanya.


Tiada ulasan: