BERNAMA
Pakatan NGO-Pro BN
berkata, Lim Kit Siang sepatutnya menyaman Mohamed Razali serta membuat
laporan polis kerana memfitnah. Foto fail TRP
KOTA KINABALU, Pemimpin DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyaman bekas penasihat khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman berhubung dakwaan DAP ditawarkan RM1.2 juta bilion dengan syarat pangkalan tentera Israel dibina di negara ini jika memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Presiden Pakatan NGO Pro Barisan Nasional
(Pakatan NGO Pro-BN) Zulkarnain Mahdar berkata DAP tidak sepatutnya
menyaman Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki kerana
dakwaannya itu merujuk kepada kenyataan Mohamed Razali terhadap DAP
empat tahun lalu.
“Sepatutnya Lim Kit Siang dan DAP
menyaman Mohamed Razali serta membuat laporan polis kerana memfitnah dan
bukannya meminta bukti daripada Pro-BN termasuk Dr Zuhdi.
“Pro-BN membuat laporan polis sebelum ini
terhadap DAP selepas terbaca pendedahan dibuat Dr Mohd Zuhdi mengenai
tawaran RM1.2 bilion dan pembinaan kem tentera Israel sekiranya DAP
menawan Putrajaya pada PRU13 yang lalu,” katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Menurut Zulkarnain, beliau
yakin Mohamed Razali tentunya mempunyai asas untuk menyokong tuduhannya
terhadap DAP berhubung tawaran RM1.2 bilion berkenaan serta pembinaan
kem tentera Israel itu.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan
Lim yang juga Anggota Parlimen Gelang Patah berkata beliau akan
mengemukakan saman terhadap “seorang pemimpin kanan politik” yang
mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion dan sebagai imbalannya
membina sebuah pangkalan tentera Israel di negara ini sekiranya
memenangi PRU13.
Walaupun Lim tidak menyebut nama pemimpin
kanan politik berkenaan, namun portal berita berkenaan menyebut bahawa
pemimpin politik kanan yang dimaksudkan ialah Dr Mohd Zuhdi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan