Sebahagian daripada ibu dan bapa penduduk yang bertindak membuat protes untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah hari ini.
JERANTUT - Hari pertama persekolahan sepatutnya menjadi pembukaan
lembaran baharu dunia pendidikan kanak-kanak, namun bagi kira-kira 60
anak penduduk Kampung Tanah Rom, tiada pengalaman hari pertama mereka
untuk hari ini.
Ini kerana, kira-kira 20 ibu dan bapa penduduk terbabit bertindak membuat protes untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah hari ini.
Tindakan terbabit diambil kerana rasa tidak puas hati ibu bapa yang merasakan pendidikan anak-anak mereka di sekolah perkampungan tersebut tidak diambil berat.
Tindakan terbabit juga diambil berikutan ketidakpuasan hati ibu bapa atas pertukaran guru besar sebelumnya yang baharu setahun lebih ditugaskan di sekolah kampung terbabit.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Faridah Mohd, 55, berkata, selama lebih 15 tahun pendidikan sekolah terbabit dikatakan merosot, ibu bapa masih lagi mendiamkan diri.
"Pelajar sekolah di sini makin hari makin berkurangan kerana ibu bapa sudah mula mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih baik.
"Sekarang tinggal kira-kira 90 orang pelajar termasuk pelajar di pra-sekolah. Sudahlah masih sikit, pendidikan juga makin merosot. Kami tidak mahu sekolah ini ditutup jika tiada pelajar kerana kami sayangkan sekolah ini," katanya.
Namun sejak kedatangan seorang guru besar yang merupakan anak tempatan kampung terbabit, ibu bapa mula melihatkan harapan untuk sekolah tersebut kembali naik.
"Guru besar sebelum ini seorang yang komited, malah telah merancang pelbagai perkara bersama PIBG untuk membangunkan sekolah, namun baharu hendak masuk tahun kedua di sekolah ini, guru besar itu ditukarkan.
"Sebelum ini kami belum pernah lagi jumpa guru besar yang sanggup turun ke rumah pelajar jika pelajar tidak datang ke sekolah. Jadi kami amat terkilan apabila guru besar ini ditukarkan," katanya.
Katanya, pihak PIBG telah dua kali mengemukakan rayuan termasuk menghantar tandatangan ibu bapa yang meminta agar guru besar terbabit tidak ditukarkan.
"Namun kami dimaklumkan bahawa PIBG tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pertukaran terbabit.
"Kami bukan mahukan kuasa, kami faham tentang pertukaran ini, namun mengapa terlalu singkat untuk guru besar sebagus itu dapat berkhidmat di sekolah kami? Kami rasa seperti sekolah kami tidak dipandang serius mungkin kerana kami ini berada di luar bandar," katanya.
Tambahnya lagi, protes untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah pada hari pertama itu merupakan satu tindakan bertujuan untuk memperjuangkan hak ibu bapa ke atas pendidikan anak-anak mereka.
"Memandangkan rayuan kami untuk mengekalkan guru besar yang bagus di sekolah ini ditolak, jadi saya mahu membuat bantahan kerana mahu memperjuangkan demi anak-anak dan cucu saya.
"Kami mahu membangunkan sekolah ini supaya sekolah ini menjadi sebuah sekolah contoh dan bukan sebuah sekolah yang dipinggirkan," katanya.
Seorang bapa, Mat Jusoh Derahman, 63, hari semalam sepatutnya menjadi hari pertama persekolahan anak bongsunya yang berusia 7 tahun.
"Saya ambil keputusan untuk tidak mahu hantar anak ke sekolah kerana saya mahu membuat bantahan... saya rasa sekolah ini terpinggir,"katanya.
Seorang lagi bapa, Mohd Lotfi Mohd Sidek, 49, pula berkata, tindakan menukarkan guru besar terbabit dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
"Guru besar sebelum ini adalah orang tempatan yang baru berpindah ke sini tidak sampai dua tahun lagi. Kenapa dia ditukarkan sedangkan ada yang sudah berkhidmat di sini berbelas tahun, tapi masih tidak ditukarkan?," katanya.
Mohd Lotfi juga merupakan antara lebih 20 ibu bapa yang bertindak tidak menghantar anak bongsunya ke sekolah berikutan bantahan terbabit.
Sementara itu, pengarah pendidikan negeri datuk rosdi ismail meminta ibu bapa tidak menjadikan perkara itu sebagai satu isu,besar yg menjadi halangan anak- anak mereka menerima pendidikan.
Menurutnya, pertukaran guru besar adalah perkara biasa yang tertakluk pada kementerian.
"Paling penting ialah pelajaran murid tidak terjejas," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan