HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Januari 2016

Masih lagi ahli PAS walaupun hadir majlis PAN, kata Husam

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Meskipun hadir dalam satu majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan malam tadi, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau masih lagi kekal sebagai ahli PAS.
 
Malah beliau yakin bahawa tindakannya itu mendapat 'restu' daripada PAS yang kini dilihat terbuka dalam mengadakan pertemuan dengan parti lain terutamanya dalam isu nasihat-menasihati. 
 
"Saya tak masuk PAN, saya PAS. PAN jangan kecewa. Panjang lagi masa. Saya dengan PAS.
 
"Saya bernasib baik kerana presiden saya telah buat satu ketetapan bahawa hadir dalam majlis pihak bertentangan diizinkan sebagaimana hadirnya presiden saya yang satu pentas dengan presiden Umno.
 
"Lebih-lebih lagi dalam semangat nasihat-menasihati. Tetapi saya yakin akan dapat restu dari presiden dan parti kerana tindakan saya selari dengan presiden.
 
"Saya juga menunjukkan saya seiiring dan setia pada parti," katanya dalam majlis itu yang diadakan di Petaling Jaya.
 
Turut hadir pada majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta beberapa pimpinan DAP yang lain.
 
ADUN Salor itu juga yakin bahawa beliau tidak akan dipecat oleh PAS kerana kehadirannya ke majlis tersebut memandangkan parti Islam itu merupakan sebuah parti yang adil dan baik.
 
"Parti saya parti adil, baik. (PAS) tidak akan pecat saya datang (kerana) ceramah dan nasihat tuan-tuan di sini," kata Husam.
 
Kehadiran Husam malam tadi merupakan kali pertama beliau hadir ke majlis anjuran PAN.
 
Disember lalu, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang julung kali diadakan dilihat sebagai bagi merintis jalan ke arah kerjasama PAS dan Umno.
 
Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenakan pakaian sedondon dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Dalam majlis itu, Najib menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.
 
 

Tiada ulasan: