Muhyiddin sebelum ini disingkirkan dari Jemaah
Menteri dan juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri
ekoran mengkritik Najib berhubung wang derma itu.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan menggulas keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendapati Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dalam isu wang RM2.6 bilion ringgit.
Muhyiddin sebelum ini disingkirkan dari Jemaah Menteri dan juga dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ekoran mengkritik Najib berhubung wang derma itu.
Sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, Ahli Parlimen Pagoh itu hanya tersenyum tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Saya selalunya keluarkan kenyataan jika saya mahu bercakap mengenai sesuatu. Tunggulah,” katanya.
Kemuncak Muhyiddin mengkritik Najib adalah apabila beliau secara terbuka menyuarakan pandangannya di Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras.
Sewaktu di Perhimpunan Agung UMNO, Muhyiddin juga dinafikan haknya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan