HALAMAN SANTAI

Rabu, 6 Januari 2016

PAS ambil kesempatan di atas keikhlasan UMNO

 
Berbeza dengan UMNO yang realistik, bersungguh-sungguh dan ikhlas memperjuangkan perpaduan umat


Syed Ali Alhabshee


PETALING JAYA: PAS bukan sahaja telah mengambil kesempatan di atas keikhlasan UMNO, bahkan tidak serius memperjuangkan perpaduan umat.

Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata demikian menyelar keputusan Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini yang menolak kerjasama dengan UMNO.

“Hari ini, sudah jelas kepada umat Melayu di negara ini bahawa PAS yang enggan bekerjasama dengan UMNO. Mereka (PAS) terlalu oportunis dan hanya mementingkan agenda politik.

“Umno realistik dan ikhlas untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu menerusi bentuk kerjasama itu, tetapi malangnya PAS bertindak sebaliknya,” katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu juga berkata keputusan perkumpulan ulama PAS itu langsung tidak mencerminkan prinsip asas parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam.

Namun, Syed Ali berharap PAS agar menimbang semula ketetapan itu, dan mengajak anggota Syura supaya bersemuka dengan UMNO.

“Majlis Syura Ulama Pas sepatutnya terlebih dahulu mengadakan pertemuan atau perbincangan tidak rasmi dengan UMNO sebelum membuat sebarang keputusan yang dilihat tidak menguntungkan kepada perkembangan politik orang Melayu,” katanya.

Tiada ulasan: