SM AMIN
Pengerusi Tabung Haji,
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata perkara itu memang sudah
dimasukkan ke dalam takwim dan meminta pendeposit-pendeposit tidak
terpengaruh dengan fitnah kononnya Tabung Haji sedang mengalami
kerugian. - Foto TRP
KUALA LUMPUR, Tabung Haji akan memberi dividen kepada pendeposit-pendeposit pada awal Februari depan.
Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul
Azeez Abdul Rahim berkata perkara itu memang sudah dimasukkan ke dalam
takwim dan meminta pendeposit-pendeposit tidak terpengaruh dengan fitnah
kononnya Tabung Haji sedang mengalami kerugian.
“Jadi saya ingin memaklumkan kepada semua
penabung-penabung bahawa sabarlah, memang suku tahun pertama seperti
lazim yakni tabung haji akan mengumumkan dividen.
“Kita akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat ini InsyaAllah sebelum Hari Raya Cina, minggu pertama bulan kedua.
“Ini memang dalam takwim kita. Jadi kalau
ada fitnah mengatakan tabung haji telah rugi duit, kehilangan duit,
tidak akan bayar dividen adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam
sidang media di Parlimen di sini.
Tabung Haji dikritik hebat
apabila surat nasihat dari Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai
penyusutan rizabnya dan nilai pelaburannya yang merosot bocor.
BNM kemudiannya mengesahkan perkara itu
tetapi mengatakan dana haji itu telah mengambil tindakan pembetulan dan
menuju ke satu kedudukan kewangan yang mampan dan sihat.
Menurut Azeez, surat nasihat yang dikeluarkan oleh BNM ketika itu tidak mengambil kira. Keseluruhan nilai aset Tabung Haji.
“Saya ingin memaklumkan kiraan nilai aset Tabung Haji, kita mengambil kira keseluruhan nilai saksama portfolio pelaburan Tabung.
“Ini adalah kerana nilai aset yang
dinyatakan BNM tidak mengambil kira port folio pelaburan seperti saham
anak-anak syarikat, atau syarikat bersekutu serta aset perladangan dan
hartanah yang diduduki oleh Tabung Haji,” kata ahli Parlimen Baling itu.
Azeez dalam sidang media yang sama turut mengumumkan subsidi Tabung Haji yang akan diberikan jemaah Haji bernilai RM167 juta.
“Mereka nak pergi haji tahun ini kosnya adalah RM18,980 dan di mana Tabung Haji hanya mengambil caj operasi sebanyak RM9,980.
“Maknanya setiap yang nak pergi Mekah kali pertama mereka disubsidikan oleh Tabung Haji sebanyak RM8,910.
“Mana mungkin Tabung Haji tanggung subsidi ini kalau kita kerugian duit,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan