Wan Azizah
KUALA LUMPUR – Penglibatan Pas atau tahaluf siyasi PKR dengan Pas tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan yang berlangsung pada hari ini hanya membincangkan tentang perjanjian yang akan dimterai bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurutnya lagi, tidak ada keperluan untuk melibatkan Pas dalam perbincangan tersebut hanya berkisar tentang pra-syarat kesatuan Pakatan Harapan.
“Ini tidak ada kena mengena dengan Pas. Kami tidak sebut tentang Pas dalam mesyuarat hari ini.
Mesyuarat hari ini hanya tentang parti yang berada dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang media selepas berlangsungnya mesyuarat itu, di sini, hari ini.
Pakatan Harapan hari ini akan mengumumkan untuk menandatangani perjanjian bersama pada 9 Januari ini.
Wan Azizah berkata, perjanjian tersebut akan memberi fokus kepada perkara-perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan antara ketiga parti.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan tandatangan perjanjian Sabtu ini]
Bagaimanapun katanya, PKR masih mengekalkan hubungan tahalus siyasi bersama Pas.
“Hubungan kami dengan NGO dan parti lain masih sama. Kami tidak putus dengan mana-mana pihak, kami hanya menambahkan tahaluf siyasi dalam Pakatan Harapan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan