HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Februari 2016

Bukit Aman akan panggil anak Muhyiddin ekoran hina PDRM

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan cuba menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan memanggil Farhan Yassin itu bagi memberi peluang kepadanya menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit seperti dimuat naik di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini. 

"@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yg dimaksudkan dengan tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagram nya," katanya. 

Sebelum itu, Farhan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial apabila didakwa menghina PDRM dengan memuat naik gambar yang dianggap menghina pasukan keselamatan itu. 

Bagaimanapun, semakan BH pada akaun Instagram atas nama Farhan Yassin tidak menemui gambar yang dimaksudkan dan dipercayai sudah dipadam.


Tiada ulasan: