KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan cuba menghina
pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata
tindakan memanggil Farhan Yassin itu bagi memberi peluang kepadanya
menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung gambar logo pasukan itu
yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit seperti dimuat naik di
akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
"@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan
apa yg dimaksudkan dengan tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan
di Instagram nya," katanya.
Sebelum itu, Farhan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan
pengguna media sosial apabila didakwa menghina PDRM dengan memuat naik
gambar yang dianggap menghina pasukan keselamatan itu.
Bagaimanapun, semakan BH pada akaun Instagram atas
nama Farhan Yassin tidak menemui gambar yang dimaksudkan dan dipercayai
sudah dipadam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.