Halaman

Sabtu, 5 Mac 2016

Jika bermaruah, adakan pilihan raya umum segera - PAS

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menuntut pembubaran segera parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan sebagai jalan terbaik untuk menukar kepimpinan kerajaan pusat sekarang.
 
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam kenyataannya hari ini berkata, kerajaan baru yang akan dibentuk selepasnya akan dapat memulihkan imej negara yang terpalit dengan pelbagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC dan sebagainya.  
 
"Apabila berhadapan dengan keadaan seperti hari ini mana-mana kerajaan yang bermaruah akan memanggil pilihan raya untuk membuktikan mereka masih mendapat sokongan rakyat. 
 
"Tetapi adakah pentadbiran Umno-Barisan Nasional sekarang adalah satu kerajaan yang bermaruah?," katanya.
 
Berbeza pendekatan dengan Pakatan Harapan yang menyokong sebarang usaha ke arah penyingkiran Datuk Seri Mohd Najib Razak, PAS sebaliknya konsisten dengan pendiriannya untuk menukar perdana menteri melalui cara yang berdemokrasi dan berperlembagaan.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan untuk tidak mahu hadir dalam himpunan mendesak peletakan jawatan Najib yang dijangka diadakan hujung bulan ini.
 
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan semalam juga mengesahkan untuk tidak turut serta dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Najib yang dijangka diadakan hari ini di Kuala Lumpur.
 
PAS ujarnya mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri melalui Blok Politik Ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran yang demokrasi dan berperlembagaan.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.