KUALA LUMPUR: Pengamal media hari ini dilarang masuk ke bangunan
Parlimen bagi membuat liputan pembentangan laporan ketua audit negara
berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC).
Satu-satunya agensi dibenarkan masuk ialah media kerajaan Radio
Televisyen Malaysia (RTM), kata pengawal keselamatan kepada petugas
media yang berkampung di luar pintu pagar Parlimen.
Mesyuarat hari ini berlangsung selepas ia ditangguhkan minggu lepas atas alasan beberapa ahli panel PAC berada di luar negara.
Petugas media kini menanti di luar pintu Parlimen sementara menunggu pembentangan laporan itu selesai.
Laporan awal ketua audit negara sebelum ini mendapati tiada sebarang salah laku dalam operasi 1MDB.
Audit itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak awal tahun lepas sewaktu entiti pelaburan negara itu mencatat
hutang RM42 bilion selepas 6 tahun beroperasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.