Oleh A Kadir Jasin
SEMALAM, 1 Mei 2016 saya ikut sekumpulan profesional Melayu dari Lembah Klang dan Pulau Pinang buat kerja amal di Baling , Kedah.
Kita beri bantuan makanan seperti beras, telur, minuman coklat, biskut dan sardin kepada 150 keluarga miskin. Setiap sekeluarga menerima bahan makanan bernilai RM100.
Ini adalah projek yang ideanya dicetuskan oleh Dr Mohammad Abdul Khalid, penyelidik sosioekonomi dan penulis buku "The Color of Inequality".
![]() |
| Dr Mohammad bersama seorang ibu anak lapan |
Sejak kegiatan kemanusiaan marhaen ini dilancarkan sebulan lalu, Alhamdulillah kami telah berjaya membantu 550 keluarga miskin di Baling, Sik dan Padang Terap di Kedah. Hujung minggu ini, 150 keluarga lagi di Pokok Sena, Kedah akan dibagi bantuan.
Bagi saya, lawatan kembali ke kawasan pedalaman Baling sekali gus membawa kegembiraan dan kesedihan.
![]() |
| Sebanyak 550 keluarga miskin dapat bantuan |
Jalan raya kelas dunia, hospital, Maktab Rendah Sains Mara, Kolej Komuniti dan sekolah di merata pelosok desa memberi gambaran bahawa Baling adalah sebuah “locale” – tempat istimewa – yang mewakili transformasi.
![]() |
| Dijemput makan kenduri kahwin anak Tok Imam |
Pada tahun 1969 saya ke Baling bagi membuat laporan lawatan muhibah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan pada 1974 pula saya mengikuti lawatan Menteri Perusahaan Utama ketika itu, (Tun) Musa Hitam.
Tun Musa diberi tugas menyelesaikan masalah kemiskinan pekebun-pekebun kecil getah di Baling selepas tunjuk perasaan yang dikepalai oleh "Saudara" Anwar Ibrahim (kini Datuk Seri) membantah kejatuhan harga getah.
![]() |
| Kemarau dan kejatuhan harga getah sangat membebankan |
Bagi profesional muda Melayu yang menjadikan saya orang tua mereka, sambil membuat projek kemanusiaan, mereka juga melalukan kajian sosioekonomi untuk kegunaan mereka sendiri dan mana-mana pihak yang ingin mendengar cerita mereka – cerita warna-warna ketidakseimbangan.
Wallahuaklam.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan