Halaman

Sabtu, 27 Ogos 2016

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
BATU PAHAT: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil meminta tiga bekas pegawai tinggi kerajaan 'membersihkan nama mereka' berhubung dakwaan terlibat dalam konspirasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Ahli Parlimen Bera itu berkata, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed 'tidak boleh berdiam diri'.
 
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno itu merujuk kepada laporan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa Najib mungkin sudah tersingkir daripada jawatannya itu sekarang jika tiga Tan Sri itu tidak dikhianati. 
 
"Lebih baik kalau tiga Tan Sri ini tampil menafikan (laporan itu) kalau betul tidak ada berlaku seperti yang disebut Dr Mahathir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, Jumaat.
 
Khamis lalu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Sri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan serupa kepada ketiga-tiga Tan Sri itu.
 
Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis dengan mendakwa terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri oleh ketiga-tiga bekas pegawai tinggi kerajaan itu. 
 
Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah menutup siasatan terhadap laporan berkenaan kerana ia dibuat berdasarkan andaian.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.