ISMA WEB
BANGI – Sejumlah 12,441 paket rokok yang dijual di bawah harga minima RM10
dirampas, dianggarkan bernilai lebih RM70,000.
Rampasan
itu dibuat dalam satu operasi penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 2004, yang dijalankan oleh pegawai pejabat kesihatan ke
atas 173 premis, pada 30 dan 31 Oktober lalu.
Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua
premis terbabit didapati menjual rokok di bawah harga minimum berdasarkan
Peraturan 8C(1), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT).
“Kesemua
peniaga yang didapati melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 setelah izin diperolehi dari
Timbalan Pendakwaraya negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari
ini.
Dr Noor
Hisham berkata, sebanyak 187 notis kesalahan dikeluarkan termasuk bagi
kesalahan-kesalahan lain seperti penjualan rokok dalam paket terbuka (jualan
rokok sebatang-sebatang).
Jelasnya,
Kementerian Kesihatan memandang serius isu kemudahdapatan rokok yang tidak
mematuhi undang-undang negara.
Beliau
berkata, masyarakat perlu sedar bahawa undang-undang yang dikuatkuasa di bawah
kementerian adalah untuk melindungi rakyat daripada bahaya dan kemudaratan
kesihatan disebabkan oleh perbuatan yang mendatangkan risiko.
“KKM akan
meneruskan operasi penguatkuasaan secara berterusan sebagai langkah membendung
gejala yang tidak sihat ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.