HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Mac 2018

Kit Siang Gangster, Tidak Pedulikan Undang-Undang





BERA – Kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam, walaupun setelah digantung kehadiran selama enam bulan, mencerminkan sikap beliau yang tidak mempedulikan undang-undang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai ‘orang lama di Parlimen’, Lim tidak sepatutnya mengingkari arahan penggantungan itu.

“Tapi, nampaknya pembangkang tidak peduli dengan undang-undang sehingga apa yang dia nak buat, dia akan lakukan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Aspirasi Kecemerlangan Pelajar Tuisyen Rakyat@KKLW di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berkata demikian semasa mengulas tindakan Lim menghadiri Dewan Rakyat selepas digantung kerana mengingkari arahan Yang Dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia semasa mengganggu perbahasan.

Ekoran kehadiran Lim ke Dewan Rakyat menyebabkan beliau mendapat gelaran ‘hantu’, selain Pandikar Amin sendiri seolah-olah tidak mengendahkan beliau dengan berkata ‘saya tidak nampak Gelang Patah’.

Ismail Sabri berkata rakyat juga seharusnya dapat menilai tindakan Lim itu sebagai cerminan kepada bentuk pentadbiran yang akan dilakukan pembangkang, jika diberi peluang menjadi kerajaan.

“Percayalah, kalau dia dapat menguasai kerajaan, apa sahaja yang diputuskan dia boleh langgar,” katanya.

Pada program itu, Ismail Sabri memberitahu bahawa sebanyak RM37,500 diperuntukkan bagi melaksana Tuisyen Rakyat@KKLW di Bera melibatkan 90 pelajar dari SMK Mengkarak, SMK Bandar Kerayong dan SMK Bandar Kemayan tahun ini.– BERNAMA

Tiada ulasan: