HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 April 2018

TPM mahu PRU14 bersih, aman

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai yang terbersih dan aman dalam sejarah negara.
 
Sehubungan itu, Zahid menggesa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di semua peringkat bersiap siaga bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat sepanjang proses PRU14.
 
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menambah, PDRM perlu memastikan tidak ada sebarang kesilapan atau kecacatan dalam tindakan mereka sehingga membuka ruang dipertikai pihak tertentu.
 
“Rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa atau agama mengharapkan PDRM melakukan yang  terbaik, jadi sama-samalah kita menterjemahkan harapan mereka dengan bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.
 
Beliau berucap dalam majlis pertemuan bersama anggota PDRM di ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini pagi ini.
 
Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU14.
 
Pembubaran Parlimen yang diperkenan oleh Yang di Pertuan Agong itu dibuat lebih sebulan sebelum mandat Barisan Nasional (BN) yang diperolehi pada PRU13 berakhir.
 
PRU14 dijangka menyaksikan saingan sengit di antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) dan PAS di beberapa negeri khususnya Selangor, Kedah, Johor, Perak, Kelantan dan Terengganu.
 
 

Tiada ulasan: