HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2018

Semoga mendapat balasan setimpal: Suami Anzalna


Semoga mendapat balasan setimpal: Suami Anzalna
 
 
SUAMI kepada pelakon Anzalna Nasir, iaitu Muhammad Hanif Zaki, mendedahkan ibunya telah ditipu ratusan ribu ringgit oleh seorang wanita.

Luah Hanif di laman Instagramnya, dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan siapakah wanita tersebut.
"Sudah hampir setahun IBU saya DITIPU, RATUSAN RIBU telah diambil oleh perempuan yang tak bertanggungjawab ini.

"Saya masih tidak membuka aib beliau lagi. Tunggu la masa yang sesuai, saya akan reveal kan juga untuk memberikan iktibar kepada org ramai dan tidak tertipu lagi dgn PEREMPUAN ini.
Menurut Hanif, dia sudah melaporkan kegiatan haram wanita itu kepada pihak berkuasa dan mengharapkan balasan yang setimpal.

"Segala tindakan undang undang telah diambil ( civil & criminal ) Sepandai sepandai tupai melompat akhirnya jatuh bersepai juga.

"Semoga diberikan hidayah dan mendapat balasan yang setimpal! Saya percaya ALLAH swt bersama-sama dengan orang yang teraniaya!" tulisnya berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia.

Tiada ulasan: