HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2018

Tiada pesawat khas bawa Najib tunai haji

Manzaidi Mohd Amin
Dr Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid Yusof Rawa

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghalang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan ibadat haji tidak benar sama sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tidak ada sebarang pesawat khas mahu pun tajaan diberikan kepada Najib sebagaimana yang ditular.

“Terdapat dakwaan yang kini tular berhubung kerajaan Arab Saudi menaja Datuk Seri Najib Razak menunaikan haji serta menyediakan pesawat khas kepada bekas pemimpin tersebut.

“Ingin saya tegaskan, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Tiada sebarang pesawat khas mahu pun tajaan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri berkenaan,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di sini hari ini.

Dua hari lepas, sebuah portal pro bekas kerajaan terdahulu memetik Najib sebagai berkata, belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan daam kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Raya Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.

Najib sebelum itu didakwa mendedahkan ‘kekejaman’ kerajaan PH menghalangnya menunaikan haji jemputan khas dari Arab Saudi.

Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya ketika ini namanya di dalam senarai hitam pihak Imigresen ke luar negara atas arahan kerajaan PH.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: