Walaupun kedengaran garang dan tegas, kenyataan seorang
ulama PAS mengenai tindakan beberapa wakil rakyat melompat parti
menunjukkan kekeliruan pada beliau, kata anggota parlimen Sepang.
Merujuk kepada laporan Malaysiakini Hanipa berkata anggota Jawatankuasa PAS Selangor itu menganggap anggota dewan undangan negeri (Adun) atau anggota parlimen (MP) yang meninggalkan parti asal mereka berdosa walaupun menjadi wakil rakyat bebas.
"Media melaporkan beliau berkata: apakah dengan mengisytihar (menjadi) Adun atau MP bebas, kalian akan dianggap bersih daripada dosa?
"Selepas itu beliau berkata: para alim ulama perlu mempertegaskan hukum terhadap pelompat parti ini.
"Dari satu segi, agamawan berkenaan memohon alim ulama mempertegaskan hukum terhadap pelompat parti, tapi dari segi yang lain pula beliau sudah keluarkan 'fatwa' bahawa pelompat parti tak terlepas dari dosa," katanya.
Hanipa yang juga seorang peguam menambah jika Ahmad Dusuki 'menjatuhkan hukum' dengan menganggap pelompat parti sebagai memang berdosa, tidak ada keperluan untuk penceramah terkenal itu meminta ulama mengeluarkan hukum mengenainya.
"Jika sudah berdosa, bukankah sudah jatuh hukum? Buat apa nak minta pula ulama pertegas hukum?
"Orang putih kata, bukankah dengan cara ini you are putting the cart before the horse?" katanya yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Semalam
Ahmad Dusuki yang terkenal dengan siri ceramah alam barzakh memuat naik
pandangannya di media sosial selepas media melaporkan seorang Adun Umno
Kedah meninggalkan parti berkenaan.
Malaysiakini memetik hantaran berkenaan hari ini.
Untuk rekod Ahmad Dusuki sendiri ialah salah seorang calon yang ditawarkan PAS pada PRU ke-14 lalu. Bagaimanapun beliau gagal merampas kerusi DUN Kota Anggerik daripada Pakatan Harapan dan tewas dengan perbezaan lebih 17,000 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan