Sebanyak 30 kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada
paras berjaga-jaga atau Tahap 1 dengan suhu mencecah antara 35 dan 37
darjah Celcius hari ini berbanding 23 kawasan semalam.
Sementara itu, Chuping di Perlis; Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Klang dan Petaling (Selangor); Rembau dan Jelebu di Negeri Sembilan; Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur kekal di Tahap 1.
Pendang, Kedah kekal pada tahap dua (tahap gelombang haba) iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak kelmarin (17 Mac).
Port Dickson yang mencatat suhu maksimum kurang 35 darjah Celcius semalam dilaporkan kembali ke Tahap 1 (berjaga-jaga) hari ini.
Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan