Kerajaan digesa memberhentikan siasatan terhadap penganjur perarakan Hari Wanita pada 9 Mac lalu, yang mencuri perhatian kerana disertai aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).
Anggota parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata siasatan terhadap dakwaan gagal memberikan notis berhimpun mengikut masa itu “tidak perlu”.
“Perarakan itu berlangsung aman, yang dihadiri oleh pelbagai pihak, termasuk sebahagian masyarakat LGBT dan oleh itu penyertaan mereka tidak patut mencetuskan siasatan jenayah berkaitan perkara itu,” katanya.

Penganjur menafikannya dengan berkata makluman sudah dibuat pada 25 Februari.
Wakil rakyat DAP itu berkata, golongan LGBT hadir untuk menggesa peminggiran, pemangsaan dan keganasan terhadap sesebuah kumpulan berdasarkan gender dan orientasi seksual diberhentikan.
Dalam kenyataan hari ini, Ramkarpal berkata Pakatan Harapan harus membuktikan mereka lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini.
Katanya, di era lama, pembangkang sering diganggu walaupun menganjurkan perhimpunan aman.Setakat ini sembilan orang telah soal siasat polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan