Pelajar Universiti Malaya (UM) yang diserang penyokong bekas perdana
menteri mendakwa niatnya bukan untuk memprovokasi tetapi untuk
mengingatkan Najib Razak bahawa dia tidak popular seperti yang
difikirkannya.
"Kami memegang kadbod untuk menunjukkan bahawa kami masih peka dengan skandal 1MDB," kata Wong Yang Ke kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
"Kami
ingin beritahu Najib bahawa dia tidak popular dan tidak dialu-alukan
seperti yang difikirkannya. Kami nak dia tahu yang ada orang
menentangnya dan dia tidak sepatutnya angkuh.
Jika tidak, dia nampak
begitu sombong dan berpuas hati, seperti dia tidak tahu mengenai
salahlakunya, "tambahnya.
Wong ditahan berhampiran pintu masuk UM
ketika memegang plakad berupa gambar badut menyerupai Najib ketika bekas
perdana menteri itu berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang
terletak di hadapan universiti berkenaan.
Wong dan enam ahli
Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) kemudian dibawa oleh
polis ke balai polis Pantai Dalam untuk 'dilindungi'.
Sementara
itu, presiden Umany menyifatkan Najib sebagai "munafik" kerana
peruntukan untuk universiti itu sebenarnya dikurangkan di bawah kerajaan
BN sebelum ini.
Namun katanya, Najib kini menyatakan rasa 'sedih' tentang nasib pelajar universiti berkenaan yang kelaparan.
"Ada
perbincangan mengenai pelajar universiti yang kelaparan dan Najib kata
dia sedih. Kami ingin mengatakan kepadanya bahawa dia seorang munafik,
kenapa tidak kamu menyatakan kesedihan kamu apabila peruntukan untuk UM
dikurangkan ketika kamu berkuasa? "
"Juga, apabila pelajar-pelajar
mencadangkan untuk menubuhkan bank makanan, dia adalah orang yang tidak
mengendahkan permintaan pelajar. Ya, kamu (Najib) mempunyai hak kamu
untuk mengkritik Pakatan Harapan, tetapi kami ingin beritahu kamu bahawa
kamu begitu munafik dan berpura-pura," kata Wong.
Isu pelajar universiti yang kelaparan dibawa ke perhatian kabinet selepas laporan media baru-baru ini mendedahkan perkara itu.
Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memutuskan untuk
memperluaskan program Bank Makanan Malaysia ke kampus-kampus universiti
dalam usaha untuk membantu pelajar yang kelaparan.
Sementara
itu, Wong menegaskan mereka hanya memegang plakad untuk "membantah
secara senyap" dan tidak ada tindakan provokasi dilakukan oleh ahli
Umany yang diserang petang ini.
Wong mengkritik kelakuan ganas
penyokong Najib yang mencemarkan hak asasi manusia kerana menghalang
kebebasan mereka untuk bersuara.
Dia mendakwa semasa kekecohan
itu, plakad gambar badut menyerupai Najib telah dirampas dan dikoyakkan,
manakala dia dicekik dan mukanya ditampar.
Dia juga mendakwa rambutnya ditarik oleh seseorang dan bibirnya cedera.
Wong
menambah rakan mereka dari Angkatan Mahasiswa UM turut merancang untuk
menghadiri protes senyap itu tetapi kejadian tersebut berlaku sebelum
ketibaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan