Muhammad Ezanni buat laporan polis siasat dalang sebar dakwaan
JOHOR
BAHRU – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk
Dr Muhammad Ezanni Mat Salleh menafikan beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah
(PhD) palsu, seperti yang ditularkan dalam media sosial, baru-baru ini.
Beliau
memberitahu telah menamatkan pengajian program Ijazah Doktor Falsafah
(Kejuruteraan) Sistem Elektrik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8
September 2015 dengan majlis konvokesyen diadakan pada 19 September, tahun
sama.
“Di
pangkalan data Kementerian Pendidikan Malaysia juga ada tersenarai nama saya.
Saya mempunyai surat pengesahan kelayakan akademik yang telah disahkan Timbalan
Naib Canselor Akademik Antarabangsa), Professor Ir Tan Sri Dr Rezuwan
Kamaruddin,” katanya kepada media di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.
Beliau
yang hadir ke mahkamah itu untuk menyaksikan kes pendakwaan tiga suspek kes
pencemaran sisa bahan Kimia Sungai Kim Kim turut menunjukkan surat kelayakannya
itu kepada media .
Mengulas
lanjut, Muhammad Ezanni berkata, selepas menamatkan pengajian, beliau terus
berkhidmat di sektor perkhidmatan awam sebagai pegawai kawalan alam sekitar
bermula tahun 2004.
“Saya merupakan
pemegang biasiswa jabatan perkhidmatan awam (JPA) dan sebagai pemegang
biasiswa, saya mempunyai kontrak dengan JPA,” katanya.
Katanya,
berikutan tohmahan yang dihadapi, satu laporan polis telah dibuat di Balai
Polis Pelangi, di sini, pada 15 Mac lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan
terhadap dalang yang menyebarkan dakwaan terbabit.
“Saya
nasihatkan masyarakat agar sentiasa meneliti dan menyelidik kesahihan sesuatu
berita, sebelum mempercayainya kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan maruah
seseorang individu,” katanya.
Baru-baru
ini, terdapat pihak mendakwa ijazah kedoktoran yang dimiliki Muhammad Ezanni
adalah palsu berikutan jawatan yang dipegangnya kini tidak sealiran dengan
bidang pengajian yang diikutinya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan