HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2020

Muhyiddin belum selamat walaupun belanjawan lulus di peringkat dasar, kata penganalisis .

Penganalisis berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan terus menghadapi 
tekanan politik sehingga pilihan raya baru diadakan.

PETALING JAYA: Walaupun Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar semalam, penganalisis politik berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin belum berada dalam kedudukan selamat.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan, bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, berkata walaupun ramai yang melihat kelulusan itu sebagai undi percaya terhadap Muhyiddin, belanjawan itu masih boleh ditolak dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa, yang akan menyaksikan ahli Parlimen menyasarkan butiran cadangan itu.

“Muhyiddin belum terlepas daripada bahaya lagi. Bagaimanapun, keputusan yang dicapai semalam menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersedia mendengar suara penentang dalam pakatan itu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kelulusan di peringkat dasar hanya menunjukkan sokongan untuk Muhyiddin dari segi belanjawan

 

Mohd Izani Mohd Zain.

Saya tidak menganggap sokongan pada RUU itu (Rang Undang-undang Perbekalan 2021) sama dengan sokongan untuk Muhyiddin sebagai perdana menteri (secara keseluruhan).

Katanya, keputusan semalam meletakkan Barisan Nasional (BN) di kedudukan baik, terutama ketika membincangkan hal berkaitan pembahagian kerusi.

“Pemenang terbesar dalam undian itu ialah BN dan bukan PPBM. BN akan mempunyai kelebihan berbanding PPBM (dalam pembahagian kerusi).”

BN menetapkan 2 syarat utama untuk menyokong RUU itu – menaikkan had pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada RM10,000, yang sudah diumumkan, dan moratorium pinjaman dilanjut hingga Jun depan secara menyeluruh.

Awang Azman Pawi.

Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia bersetuju dengan Azmi yang Muhyiddin akan terus menghadapi tekanan politik.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ketidakstabilan kerajaan mungkin berterusan sehingga pembubaran Parlimen dan pilihan raya diadakan.

“Kerajaan PN masih rapuh dan boleh tumbang pada bila-bila masa bergantung kepada sokongan BN, khasnya Umno.”

Tiada ulasan: